Sosial Sharing


NAK TERIMA DUIT SECARA ONLINE MUDAH DAN CEPAT DAPATKAN AKAUN PAYPAL ANDA SEKARANG !!! Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

 Sedang Usyar jer !!!



Friday, December 31, 2010

Ketahui Profile Kesihatan Anda Dengan Nestle

Pernahkah korang semua buat pemeriksaan kesihatan anda, aku rasa ramai yang dah buat pemeriksaan kat spital dan klinik kerajaan..heheheh.

Aku bukan apa just nak share dengan korang jer pasal pemakanan sihat neh, kalau pemakanan harian kita sihat kesihatan kita akan lebih sihat, bila lebih sihat banyak perkara data kita lakukan lebih2 lagi amal ibadat.. tu yang penting tu.. bekal kita di akhirat kelak

Apa kata korang try test ujian pemakanan sihat dari nestle neh... mesti best punya... hahahaha


Ketahuilah Profile Kesihatan anda dengan mengambil ujian ringkas ini sekarang juga... JOM CUBA..



online counter

Tuesday, December 28, 2010

Taman Tasik Taiping- Jalan Jalan makan Angin


Pada hari minggu hari tu aku ada wat kunjungan ke rumah saudara aku di taiping nuh... dah setahun dah aku tak pi jengah ke sana. Bila sampai ja kat kawasan rumah saudara aku tu.. aku tengok ada banyak perubahan dan pembanggunan telah berlaku..ahaks.. dah semakin maju Taiping neh..

Saipai pukul 11 pagi relak sat borak-borak kosong dan isi lebih kurang kami di hidangkan dengan jamuan tengah hari.. apa lagi tibai jer laa.. tengah lapar tu... ahaks. Lepas tu sembang lagi pukul 6 baru kami bertolah ke Taman Tasik Taiping.. mak aihhh jalan jem.. nasib baik saudara aku tu bawa jalan short cut, tak la sangkut dalam jam tu... cantekkk..

Sampai sana lepas parking keta aku snap dulu gambo , guna kamera henpon aku ja... aku mana ada kamera yang canggih nak snap gambar ..ahaks dan inilah hasilnya gambar dari kamera henpon aku tuhh...


Orang punya la ramai pakat nak berkayuh kat tasik tu.. termasuk la aku dengan biras aku, kami pun bercadang nak berkayuh jugak la dengan sampan itik angsa tu..ahaks tapi apakan daya sampai pun dah lewat orang dah booking dari awai lagi...ahaks.. last2 dapat jugak ronda pusing tasik dengan tongkang yang tokey cina wat sewa tu.. naik ramai2 la 3 kuarga kami pi mau dekat 15 orang semua kira cukup satu tongkang untuk kami 3 kuarga.. dan di bawah nie ader beberapa keping gambar yang aku sempat snapkan.. ahaks.. jom layan zassss...

gambar air pancut kelabu tak clear 

sampan itik 

sampan itik kayuh lagi...

itik kayuh lagi sekali ...uhuhuhu


sampan dayung sendiri..ahaks


gambar air pancut aku snap dari atas tongkang

Pandai bertul tokey cina neh wat duit.. ahaks... hari-hari mesti masyuk berlambak duit punya tambah pula taim musim cuti sekolah neh.. ramai la orang datang makan angin kat sini...

Harga sewa peralatan di tasik neh boleh tahan la jugak..

Sewa sampan Itik angsa kayuh sendiri tu untuk pusing satu round tasik RM 10.00 ( dua org )
Sewa sampan dayung yang biasa punya aku rasa RM 8.00 (dua org)
tambang naik tongkang pusing satu round tasik RM 4.00 ( dewasa) RM 3.00 (kanak2)

Buat duit sakan la tokey cina tu bulan neh... jeles jugak aku tengok..ahaks .. itu rezeki dia.. nak wat camna..





online counter

Friday, December 24, 2010

Blogwakling Software Percuma.... Apa.. Percuma ?

Hari aku pun nak share jugak satu software untuk korang yang rajin wat blogwalking,  aku sebenarnya bukan rajin sangat pun ..tapi dah ada software ni kira senang la sket aku nak lawat blog-blog rakan rakan.. tak la payah nak cari url blog kawan2 , bila ada kawan lawat blog kita pastu kita copy dia punya url dan add masuk dalam software blog walking neh.. senang kan pastu kita klik jer link yang ada dalam software tu.. macam kacang jer..

Software neh di hasilkan oleh Abang Edy dari Blog@Sepaku. 

" Credit pada hazwan dot com utk gambar nie "

Aku download software dari blog hazwan dot com ,stelah penant aku cari kat pak cik google tu akhirnya aku jumpa juga software blogwalking yang sesuai untuk aku, dan aku rasa sangat berpuas hati bila guna software neh.. walaupun ia percuma tapi sangat berbaloi... apa kata korang download dan guna software neh


" Cara nak guna pun sangat senang.tak perlu install tak perlu apa.lepas korang download just run and start doing your blogwalking.klik link yang pertama then secara automatik korang akan dibawa ke blog tersebut.setiap link yang telah di klik akan hilang ari senarai tu dan masuk dalam 'visited link'dekat tab setting. then kalau nak tambah atau delete mana-mana link yang korang tak berminat pun boleh tengok dekat tab setting ada 'add link' dan 'delete link'.akhir sekali bila dah habis semua link korang lawat, pergi dekat tab setting then klik 'reset visited link' untuk retrieve semula semua link tadi.senang kan?selamat mencuba."

Ayat di atas aku copy dan paste dari blog hazwan dot com tu ler.. heheheheh malas nak wat karangan pasal cara nak guna software tu..ahaks (aku bagi kerdit sajer la kat dia)

Lagi banyak korang wat blogwalking lagi banyak traffic korang nanti...kalau ader iklan Nuffnang lagi cepat dapat duit... ermmm boleh ker wat camtu.. aku pun tak tau laa... kira boleh la kot no...ahaks

Okey la Selamat mendownload dan mencuba software neh...


online counter

Wednesday, December 22, 2010

Abang Kuat !!! Abang Kuat !!! Abang Hebat Jugaaa...

Hari nie aku bercadang nak mengupdatekan website dengan hosting berbayar sulong aku tu...sebab tadi masa kat opis aku dah wat sedikit kemaskini dan masih banyak lagi yang belum siap huhuhuhuh.. ye la wat kita tu masa taim rehat dan sedikit pada masa internet kat opis aku tu jadi sangat lambat dan membuatkan aku boring nak tunggu masa loading, jadi aku buatla sedikit kerja2 offline neh...income partime tuhhh..

" www.powerbro.com "

Website jana duit secara partime.. huhhuuu bukan dengan Nuffnang dan Churpchurp jer aku wat duit.. kira macam tong sampah plak aku neh.. nak yang masyuk jer..ye la yang masuk jer laa.. sapa nak yang keluar jer... lama2 kering la poket asyik keluar jer takder yang masuk2.. partime meniaga barang ni kira masyuknya ok la jugak boleh lepas la duit minyak dan makan Mc Donald sekali sekala...hehehehe sekali sekala jer laaa bukan selalu.. kalau duit minyak tu kira selalu laa... sebut pasal duit minyak.. sekarang nie korang tahu harga minyak ron95 (yang aku selalu beli ) dah  naik 5 sen jadi rm1.90 seliter.

Dah terlanjur cerita pasal update website jualan aku kat blog nie aku rasa tak la salah kalau aku promot sekali produk yang ader kat website tu di lain n3 nanti.. ahaks... aku oun nak menyelam sambil teguk air bergelen-gelen la jugak..ahaks.

OK kalau macam tu kepada rakan-rakan blogger sekalian... MARI !!! MARI !!! .. mari tengok produk yang ader kat website tu...lelaki,perempuan semua boleh masuk janji mesti yang berumur 18 tahun ke atas.. ahaks bagi yang dah berkahwin lagi2 la aku sarankan korang masuk... Barang Baik tu...




online counter

Monday, December 20, 2010

Inventing My Own iPad Application for Maxis

Semua orang mengemari aplikasi untuk kegunaan pada Smartphone,Table pc,game,
aplikasi maklumat mahupun aplikasi pendidikan. Kita juga bersetuju bahawa
aplikasi merupa satu keperluan masa kini.

Pernahkan anda impikan aplikasi iPad sesuai dengan kerluan dan keinginan
anda dan kini peluang anda untuk melakukanya sendiri, Ya anda sendiri yang
mereka cipta aplikasi yang anda inginkan dan dengan itu anda akan di beri
hadiah untuk itu.

Gunakan kreativiti anda untuk "mencipta" aplikasi iPad anda sendiri dan anda
mungkin layak untuk memenangi sebuah 3G iPad.

Maxis contest participant badge

Ada 2 hadiah untuk dimenangi.

Ini adalah cara-cara pemenang dipilih:

1 Hadiah: Terbaik "realistik" idea kreatif (idea anda tidak hanya kreatif tapi
  perlu realistik Ini sebenarnya boleh dibina dengan menggunakan teknologi terkini!.)

2 Hadiah: Idea paling kreatif (idea anda jauh mengatasi teknologi yang telah ada
  masa kini tetapi WOW (mengagumkan pihak) kami dan anda masih boleh memenangi iPad
  bebas dari Maxis melangkah tiada batasnya Ya tiada batasnya!.!)

1 Hadiah: 1x 64GB 3G + Maxis iPad WiFi Modem
2 Hadiah: 1x 32GB iPad 3G + Maxis WiFi Modem

Untuk maklumat lanjut mengenai klik sini PLAN MAXIS iPAD

atau lawati Nuffnang untuk maklumat lanjut kontes Maxis



online counter

Sua Rasa Bersama Celcom Hari Kedua -19 Dec 2010

Hari nie sekalai lagi aku ke tapak Sua Rasa TV9 huhuuhuh.. tujuan tu nak cari barang la, pekakas masakan jenama magee, hari nie aku pi sebelah petang ,yeah petang ahad di sua rasa tv9 perghhhh jalam jadi jem banyak keta berpusu ke tapak sua rasa tu...

Punya la ramai orang kat situ gerai pun banyak yang buka hari neh sedap la sket mata memandang..hahahah dalam pada aku sinngah lagi kat booth Polis kalai nie aku dapat ambil gambar keta polis la pulak.. heheheh tengok kat bawah neh.. Mitsubishi EVO 10 tu.... mau bedesup dia lari...

" Polis EVO 10 "

Fuuhhhh kemas-kemas keta depa erkk... bila la aku nak merasa pakai keta macam tu.. kalau dapat mau melaram selama sebulan ..amik cuti tanpa gaji pun sanggup neh melaram dengan keta macam neh.. ronda-ronda balik kampung kat kelate dan kedah... huhuhuhu

Tapi apa kan daya aku rasa aku cuma mampu belik jenis nie jer laa... proton saga , proton neh kalau pandai makeup fuhhh  meleleh jugak air liur tengok..hahahah

" Proton Saga "

Itu bab keta tapi hari kedua di tapak sua rasa tv9 hari kedua bagi aku sekuarga lebih best sket sebab aku dapat berkunjung ke booth celcom ... heheh sempat jugak aku mengupgradekan kan boradband aku dari speed 384kb ke 512kb free plak tu.. celcom tengah wat promosi tu... ramai siut orang kat booth tu bersesak-sesak, aku dapat la dua ekor teddy bear celcom blue hadiah untuk pelanggan celcom dan dapat dua tiket untuk main game kat booth tu... teddy bear bagi kat dua orang anak pompuan aku dan tiket main game aku bagi kat anak lelaki aku plak... sakan dia punya main game keta... sam tak pandang dah kiri kanan.. konsentrate la driving la katakan.. aku tak sempat nak snap poto masa dia main sebab ramai sangat budak-budak dok kat situ.

Dan yang lebih bermakna lagi dapat tengok pelakon neh.. Intan Ladyana a'aa tengok gambo kat bawah neh..

" Intan Ladyana "

Alahai...... Intan Ladyana.. comel ko yea... ahaks , ehhh Intan wat peace la plak.. peace tu you tu..ahaks ala sepoi tul la wife aku snap poto nie taim kakak sorang dok snap denga henpon dia jugak.. kui kui kui... juru gambo amatur la katakan... 

Fuuhhh comel-comel mau mimpi malam neh, mimpikan Intan Ladyana.. hahahahahah...

Para peniaga kat tapak suar rasa hari kedua neh aku rasa untung lagi la belipat lipat ganda la depa, jualan mesti laju punya... duit-duit, taim nie la depa nak buat duit...

Ok The End untuk Entry kali ini...


online counter

Sunday, December 19, 2010

Sua Rasa Bersama Celcom Hari Pertama-18 Dec 2010

" Sua Rasa TV9 di Queensbay Penang "

Hari aku wat entry pasal "Sua Rasa di Queensbay Penang " , macam biasala kalau ader program-program keluarga macam nie mesti ramai orang yang datang berkunjung untuk lihat apa yang ada di sana , banyak jugak booth jualan kat sana , macam macam gerai jualan ader kiranya kalau bawa duit banyak bolehla borong sakan kat situ.

Oleh sebab aku pergi sana pada waktu malam jadi tak banyak gerai yang buka untuk jualan, yang masih boleh di lawati hanya booth celcom, polis dan gerai jualan makanan dan minuman sahaja.

" Pameran Polis "

Gambar masa melawat kat booth Polis , ader orang yang dok melaram sakan dengan motor polis tu... ahaks besar motor dari tuan...

" Polis 2 "
Post istimewa dengan motor Polis Traffic yang berkuasa besar tu... Kalau bawak motor neh memang la sedap pecut laju semacam jer dia pi... tapi kalau terbalik... mak aiiihhh.. rasanya mau berat nak mampus motor tu.. kiranya kalau terbalik .. kira tinggal saja laa... tak boleh nak angkat...

 Lepas puas pusing-pusing kami sekeluarga berehat sebentar sambil tengok konsert Sua Rasa, ramai jugak artis yang datang membuat persembahan pada malam tu seperti 1 Nation FC, Fabelous Cat (betul tak tau aku eja nie), Raihan, Ratu Rock Ella, Azam Idola Kecil dan lagi satu budak pompuan idola kecil tu aku lupa nama dia.

Boleh kata malam 2 hari sua rasa TV9 neh , banyak peniaga-peniaga buat duit sakan selama 2 hari neh



online counter

Friday, December 17, 2010

Kisah Ketam Melayu dan Ketam Cina..

Tadi masa aku buka email kat opis aku aku terpandang satu email yang tajuknya pelik sket.. tajuknya seperti di atas nuh ...ahahahah, bila aku baca sampai habis aku rasa lebaih aku kongsikan dengan korang mengenai kisah ketam neh, amat bagus untuk kita jadikan pedoman.

Aku rasa cerita ni dah banyak orang dah tahu , tapi oleh sebab aku terbaca dan aku pun nak kongsi gak dengan korang semua. Teruskan membaca kesih ketam ni kat bawah nie.. 

'AKU TAK LEH TIDO LEPAS BALIK DARI SURAU ARRAYYAN SEK.7 SELEPAS HADIR CERAMAH MAAL HIJRAH  1432 OLEH AL-USTZ. HADI CITE PASAL "KETAM CINA , KETAM MELAYU"....HANG PA BACA DAN RENUNGKAN.

" credit pada rosliza_photo tuan punya gambar ketam neh "


Pada pagi tu SEORG ustz... dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…ketam itu tolong kawan kasi keluar yang lain. ketam yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua
ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.
Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju...

Perkara yang penting di sini penceramah menekankan supaya ORG yg MENGAKU MELAYU tu supaya berhijrah dan berubah...
dr pengalaman aku sndiri sewaktu 15 tahun menetap di P.Pinang (Georgetown)yg majoriti penduduk bangsa cina. kekawan aku jugak masa tu 99.9% bangsa cina. Adat cina ini betul berlaku dan aku tengok sendiri, bagaimana depa ni buat kutipan sesama depa untuk bagi kat kawan depa utk buka biz... bukan sikit jumlahnya.'

Kat atas tu kata-kata penulis asal kisah ketam nie..

Bagi aku kita orang Melayu nie kena banyak berubah la kalau kita nak bangsa kita maju , bergerak seiringan dengan kemajuan Negara Malaysia nie, Kalau kita masih lagi ader perasaan macam kat dalam cerita nie.. aku agak2 laa  orang kita tak akan mencapai Wawasan 2020 seperti yang di sarankan oleh Mantan Tun DR M kita tu..

Akhir kata.. Kita Pakat Pikir-Pikirkan lahhh...





online counter

Monday, December 13, 2010

Pasal Contest Sempena Anniversary & Birthday | Khas Buat Isteri Tercinta dari myvitrd

Sebenornya aku tak ader apa idea nak aku suggest kat myvitrd just cuma nak ajak koreang yang selalu membuat kunjungan atau tak sengaja atau sengaja kunjung kan blog ini.. ahaks... lebih korang sengaja masuk sini  bukan apa kalau korang masuk sini traffic blog ini akan naik la sket....kan..kan..kan...

Kepada yang selalu kunjung blog neh.. aku ucapkan terima kasih bebanyak, kunjungan korang semua akan aku balas sebaik mungkin.. insyaalah.. bak kata " Maher Zain " .

Ok berbali  kita pasal cerita Kontes yang di buat oleh kawan aku neh myvitrd ni korang boleh suggest jer aper jer yang boleh dia buat hadiah untuk ulang tahun perkahwinan dan birthday isteri beliau tu... untuk makluman korang ini dia ayat yang aku copy paste dari blog beliau tu... sedikit jer..

@ myvitrd said " Untuk makluman semua Anniversary tahun pertama kami jatuh pada 18/12/2010dan ulang tahun kelahiran isteri ke-26 pada 20/12/2010.

Dengan adanya contest ini dapatlah serba sedikit membantu saya mencari idea yang sesuai untuk dihadiahkan buat isteri tercinta. "

" Gambar contest myvitrd "

Syarat-syarat penyertaan :

1- Kena copy gambar dekat atas tu beserta link dalam "Khas buat isteri tercinta"
2- Jangan lupa berikan link post anda ke entri ni
3- Gaya entri bebas dan menarik... janji bukan merepek ye..he3
4- Peserta perlu membuat satu post bertajuk “Contest Sempena Anniversary & Birthday |Khas Buat Isteri Tercinta” dengan mencadangkan apa hadiah yang sesuai saya berikan kepada isteri tercinta sempena Anniversary & Birthday yang akan datang tidak lama lagi pada pengujung tahun ni. Baget untuk hadiah yang dicadangkan adalah sekitar RM200 -RM300 dan cadangan hadiah perlulah logik dan bersesuaian dengan harga. (kalau ada gambar lagi cun)
7- Tinggalkan Permalink post di ruangan Comment & bukan di Shoutbox

Tempoh Contest :

Belangsung selama 3 minggu bermula hari ini (26/11/2010 hingga 17/12/2010)

Kaedah pemenang dinilai :

Akan dinilai sendiri oleh isteriku sendiri.. kalau dia rasa suka dekat hadiah tu.. mungkin anda pemenangnya.. so bolehlah bodek-bodek dekat malarang-kak ye..

Kategori hadiah pemenang :

2 pemenang akan dipilih bagi merebut hadiah bernilai
- RM20 tunai/topup (1st price) dan
- RM10 tunai/topup (2nd price)

"Pengumuman pemenang akan dibuat didalam blog pada 18/12/2010"

Aku rasa itu sajalah yang dapat aku bagitau korang pasal contest neh.. harap2 pengunjung blog ni dapat memeriahkan lagi contest kawan aku yang sorang neh.. Selamat mencuba...jangan tak cuba





online counter

Sunday, December 12, 2010

Undian Bloh Pilihan Malaysia 2010 Kategori Blog Baru



Aku rasa korang semua dah tau dah akan perkara neh.. Blog Pilihan Malaysia 2010 untuk semua blog baru yang diwujudkan pada tahun ini 2010 yang mana aku pun ada masuk jugak..ahaks.

Ini entry post blog aku  http://atbrblog.blogspot.com/2010/12/blog-pilihan-malaysia-2010.html
mengenai kontes ini.. ermm ni kontes ker?.. hentam saja laaa...

Blog aku di group kan di group 6  nombor 229 tengok gambar kat bawah neh..

"group 6 Blog Pilihan Malaysia "

Jadi kawan2 blogger semua jangan lupa undi aku hehehehe 229.. undi tau jangan tak undi, macam mana nak buat undian aku pun tak pasti lagi... pakai lipat2 kertas la kot no...ahaks..




online counter

Pertukaran Blog Widget Di Blog Aku, Blog Dan Blues Bukan Untuk Aku !!

Hari ni aku ada buat sedikit perunaha  pada blog aku  untuk menjimatkan masa kawan kawan blogger masuk kat blog aku neh.. Aku buat perubaan pada widget di sebelah kanan tu iaitu pada widget Klik Aku, widget Ping Blog Sini dan widget Rakan Blog Aku.  dengan mengunakan script MARQUEE supaya senang skit korang nak klik kat banner dan list tu nanti..ahaks....Kilk tau banner tu jangan tak klik pulak..

Cbox Aku
Semua rakan blogger yang wat Blogwalking dan tinggal kan nama dan link kat sini aku akan masukan nama blog korang semua ke widget di bawah nie untuk senang korang lawat blog rakan blog aku nanti.
Widget Rakan Blog

List blog Rakan Blogger akan bergerak dari bawah ke atas, kalau korang minat nak masuk blog yang ader dalam list tu just bawa kursor tikus anda tu ke nama blog dan list tadi akan berhenti korang boleh la klik kat nama blog tu dan korang akan di bawa ke blog yang korang pilih tadi... ok kan .. kan mudah kalau camtu tunggu dan klik jer tak payang nak scroll ke bawah untuk cari..ahaks...

Dan jangan lupa klik2 la kat banner Klik Aku aku neh...pilih yang mana berkenan pastu klik jer...klik kat banner tu bukan aku charge duit pun..hahahahahah, tengok widget kat bawah nie .. widget Klik Aku...
"widget Klik Aku"

Sori... pada mulanya widget neh aku namakan SPONSER... tapi selepas wat sedikit peribahan sekarang widet ni dah jadi widget KLIK AKU... ahaks... ya betul tu klik jangan tak klik...

pstt: widget Rakan Blog Aku akan di kemaskini bila ader blogger baru yang masuk ke Cbox aku dan tinggalkan kesan untuk di jejaki....



online counter

Saturday, December 11, 2010

Nuffnang Movie Blogging Contest – Tron: Legacy

Hari ni aku nak kongsi sesuatu dari Nuffnang yang mana mungkin akan menarik minat korang semua iaitu  Nuffnang Movie Blogging Contest untuk cerita Tron: Legacy ini poster cerita tersebut ..kat bawah nie..

" Tron: Legacy "


Sinopsis filem:

Sam Flynn (Hedlund), pemberontak berumur 27 tahun, adalah dihantui oleh kehilangan misteri ayahnya Kevin Flynn (Bridges), seorang lelaki yang dulu dikenali sebagai pemaju video game terkemuka di dunia. Ketika Sam menyiasat isyarat aneh yang dikirim dari Flynn tua Arcade - isyarat yang hanya boleh datang dari ayahnya-ia menemukan dirinya ditarik ke dalam dunia digital di mana Kevin telah terperangkap selama 20 tahun. Dengan bantuan askar Quorra takut (Wilde), ayah dan anak memulakan perjalanan hidup atau mati di alam semesta cyber - alam semesta diciptakan oleh Kevin sendiri yang telah menjadi jauh lebih maju dengan kenderaan, senjata, lanskap dan kejam penjahat yang tidak akan berhenti untuk mencegah pelarian mereka.


Ini dia laman web rasmi Tron: Legacy tu :- www.disney.com.sg/tron

Tayangan Perdana  di tempat berikut: 

Tarikh: 13 Disember 2010, Isnin 
Waktu: 07:00 
Tempat: The Cathay Cineplex, Jalan Handy 

Wayang gambar ini di hasilkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures dalam bentuk 3D

Cuba lihat Aksi aku dalam Tron Legacy neh.. dalam video di bawah nie..



        " aksi aku yang pertama "

                 " Aksi aku yang kedua " 

Translate

online counter

Friday, December 10, 2010

Firefox Web Browser Virsi 4 Beta

"Mozila Firefox 4 Beta "

Sekarang Mozilla telah melancarkan Browser terbarunya iaitu Firefox 4 Beta, untuk pengetahuan korang semua Firefox 4 Beta nie baru di peringkat testing kalau tak silap laa...atau dalam kata mat salleh pre-release dan pihak Mozilla mengalu-alukan koreang semua untuk mencubanya dan memberi maklum balas mengenai Firefox 4 Beta neh.

Aku dah download, dan dah install kedalam PC aku kat opis laa dan hasilnya korang boleh tengok bawah neh dia punya Halaman utama Firefox 4 Beta nie.

" Firefox 4 Beta Home Page "

Kat sini korang boleh tengok sedikit perubahan terhadap butang tab, kat bahagian browsernya dan banyak lagi lah, tapi menurut Mozilla Firefox 4  lebih laju dan ringan jika dibanding dengan versi Firefox versi lama dan dari segi ertikata lain  lebih bagus dari versi lama dan akan memberi pengalaman yang mengujakan bila korang semua menggunakanya.. cuba dulu baru tau...

" Firefox 4 Beta 7 Performance Graph "

Jangan lupa tonton video bawah neh untuk mengetahui kehebatan yang di war-warkan oleh mozilla



Download sekarang



online counter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.

Inilah Yang Mesti Anda Tengok..!!!

PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Maklumat lanjut layari:
Sila klik gambar di atas tu.

========== Iklan Lain =============

MEN!!! MEN !!! MEN !!!.