Sosial Sharing


NAK TERIMA DUIT SECARA ONLINE MUDAH DAN CEPAT DAPATKAN AKAUN PAYPAL ANDA SEKARANG !!! Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

 Sedang Usyar jer !!!



Wednesday, October 20, 2010

Produk Promosi Di Queensbay Mall

Pada hari Ahad yang lepas aku ader pergi ronda2 kat QM fuh bukan nak kata memang ramai sangat orang kat sana.Sampai disana aku dapati ada satu produk yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia sedang mengadakan promosi produk mereka dengan begitu meriah sekali siap ader Mamat Clown lagi dok tiup belon sambil dan membentuk belon seperti "love, binatang dan macam lagi untuk diberika kepada kanak2 yang lalu di kawasan tu.

Boot mereka diserbu ramai pengujung yang dahaga nak cuba rasa produk minuman tersebut  yang di berikan secara percuma dalam cawan2 ciput kecil ,nak minum sampai kenyang kena beli laaa,

Ramai gak yang merasa minuman tersebut termasuk la aku, pakat merasa sakan laa benda free yang panas, yang sejuk semua aku bedal... hahahahah minuman free sapa tak mau... macam kata perpatah laa..." Rezeki jangan di tolak, Maut jangan di cari..."

Cuba tengok gambar kat  atas tu ramai kan pengunjung yang merasa minuman tersebut ( mau 1 lori pun habis kalau macam nnie).

Promosi produk kali ini ader di sajikan dengan artis yang menjadi duta pada produk tersebut nak tau sapa artis tu cuba tengok gambar yang nie pulak. A'a tau dak sapa tu duta produk tu.....dia artis berbangsa cina aku pun tak tau nama dia, tapi si mamat yang kecik nie siap duduk minum semeja dengan duta produk tu... huhuhuhu kemas mamat kecik tu siap pegang poster duta produk lagi (balik tido malam sampai mimpi neh minum dengan artis..wakakaka).

Mari kita pakat teka sapa si mamat kecik tu yang duduk minum dengan duta produk Alicafe , sapa berjaya meneka aku bagi hadiah spesel punya.....


Translate

online counter
====== IKLAN AKU =================

Sunday, October 17, 2010

Photoshop Tutorial Dalam Bahasa Malaysia

Kali ini aku nak kongsi satu blog Photoshop Tutorial dalam Bahasa Malaysia yang mana dalam blog nie korang semua dapat memperlajari cara2 nak menggunakan program Photoshop dengan lebih berkesan. Di blog ini anda akan ditunjukkan langkah demi langkah untuk membuat satu satu projek atau grafik , di sini juga anda boleh memuat turun fail PSD setiap tutorial yang di tunjukan

Selain dari memberi tutorial dalam Bahasa Malaysia beliau juga selalu jugak mengadakan peraduan yang boleh anda sertai dengan percuma tanpa bayaran dan dapat pulak hadiah2 yang best2 kalau berjaya terpilih jadi pemenang dalam peraduan anjuran beliau tu.. best3x..

Pendek kata rugi la kalau tak jenguk ke blog beliau neh lagi pun bukan senang nak dapat photoshop tutorial dalam Bahasa Malaysia nie dan grfik2 yang ditunjukkan pun cantik2 dan bagus2 belaka (puji melambung aku kat Bro Jeo neh).

Bukan setakat Belajar Photoshop saja macam2 korang boleh belajar kat sineh (macam kedai runcit plak.. huhuu)... a'a macam macam adaaaa.....



online counter
====== IKLAN AKU =================
.

Berlajar Berniaga Meniaga Di Internet Dengan Komik..

Aku ni bab komen mengomen nie bukannya pandai sangat tentang blog atau website orang lein nie,
tapi hari nie aku nak kongsi dengan korang semua pasal info perniagaan online ataupun offline.

Bagi yang nak memulakan perniagaan tak kira online ka offline mesti nak cari tempat
untuk membuat rujukan atau menimba perigi buta ilmu berniaga,kalau korang nak buat
rujukan,nak belajar niaga aku syorkan korang masuk ke Blog/Website KOMIK NIAGA.



Kat sini korang semua boleh la timba,korek,gali dan baca apa2 ilmu untuk memulakan
perniagaan korang semua, cara depa mengadaptasikan sungguh unik lein dari yang lein.

Kat sini depa banyak mengunakan karektor komik untuk menarik minat korang semua untuk
membaca skroll dari atas sampai kebawah blog tu, pendek kata tak boring la kalu korang
menimba ilmu kat blog nie ...


"SYABAS KOMIK NIAGA" kerana memberikan kelainan untuk belajo ilmu meniaga.

Lagi satu yang best tu depa ada bagi e-book free untuk korang download.


Lagi sekali "SYABAS KOMIK NIAGA" bagi bahan bacaan percuma !!! (Download jgn
tak download... rugi mampos kalau tak download)




online counter
====== IKLAN AKU =================
.

Saturday, October 16, 2010

Betul Ker Dengan Cara Nie Dapat Banyak Backlink


Awal pagi tadi sambil update blog merapu aku nie aku terbaca dalam blog myvitrd menerangkan cara2 nak dapatkan trafik dengan menggunakan backlink, dan aku rasa cari nie ada logiknya jugak kalau kita sama buat seperti mana yang di terangkan di bawah nie rasa kita memang dapat trafik dengan cara nie...


Apa2 pun Aiman tak kisah macam mana pun janji kalau ada orang sudi singgah ke sini kira bagus la daripada tak ada langsung.


Tipsnya adalah seperti dibawah

Jom kita ramai-ramai bloger-bloger cuba trick kat bawah, benda ni pon aku dapat dari page Blog Hanz, dan myvitrd Thanks kepada anda berdua dengan tips ini, aku nak bagi kad credit kat korang berdua pun aku pun tak tau lak macam mana.

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.


1. download mp3 percuma

2.
bℓog buðak χ-nakaℓ ♂

3.
Cara hidup baru abad 21

4.
Bila Aku Menulis Blog

5.
~ApekpunyaBlog~

6.
My Big Family & Friends

7.
ABCMILO


8.
matdin (orang paling terkenal hehe…)

9.
MSR @Blogger

10.
tengku nizam

11.
mizz shizu

12.
Me & Myself V3

13.
Blog Hanz

14.
myvitrd

15.
Matcargo Blog


PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.


2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak...




online counter

====== IKLAN AKU =================

Thursday, October 14, 2010

Dikala Keboringan Apa Yang Anda Layan?

Hari tak ada apa yang nak diceritakan sambil aku dok layan internet hari ni aku jengah-jengah ke blog yang aku rasa terbaik untuk layan syahdu, ini bukan kerana tajuknya yang dah tersyadu tu tangkap feeling plak tu gambar owner blog dengan isterinya (gambaq kawin tuuuu...) tapi korang boleh layan isi kandung blog ini yang baik dan lagi boleh juga download drama TV3 yang mana korang terlepas pandang masa ditayangkan di TV korang.

Selain download video, korang juga boleh download e-book, baca review gadget electronics yang telah beri oleh sponser untuk di testkan,  bak kata Astro macam-macam ada!!!...

Jadi jangan lupa jengah2 kan blog ini mungkin korang dapat info yang korang dok tercari-cari masa layan internet di rumah korang sekarang nie...

Aku tabit 3x kat mamat empunya blog nie yang bergelar Tn.Punya nie... Bravo Tn.Punya

Monday, October 11, 2010

Bertemu Kembali Kawan Kawan Masa Sekolah Dulu

Baru Baru ni aku dapat sms dari kawan lama aku, amu dekat 20 tahun lebih tak jumpa rasa terharu jugak rupa-rupanya ada lagi kawan2 lama aku yang masih ingat kat aku walaupun telah lama aku merantau ke negeri orang (cewahhh macam jauh pi merantau nie...seberang laut la katakan... huhuhu) untuk mencari rezeki dan pengalaman hidup.

Gambar ini aku ambil dari Profile kawan aku tu, iksh3x tak sangka plak aku dia masih simpan gambar lama masa aku tingkatan 3T1 dulu tu (Ketua Kelas masa tu ) jom tengok gambar,


 Gambar nie masa aku belajar di Sekolah Menengah Labu Besar (Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3 ja ),
dari sumber sumber yang boleh dipercayai kawan2 aku semua ni dah berjaya dalam hidup depa nie ada yang jadi ahli koprat, cikgu ahli nujum perniagaan, tentera jepun ,polis, rasa2 yang dah jadi pensyarah kat U pun ada nie nak kena cari ni..





A'a ni gambar kawan2 aku masa kat Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim Tahun 1987 - 88, fuhhh depa nie semua lagi hebat2 belaka, dengar kata ada yang dah jadi cikgu, Pilot heli, Pengsyarah USM, Juru ukur, Pensyarah art dan macam2 lagi nak sebut pun tak ingat dah, dulu ada setengah-setengah member aku nie termasuk dengan aku sekali la suka masuk hutang kat tepi asrama yang kami tinggal tu dulu (poteng kelas) tapi poteng2 depa pun dah berjaya lebih dari aku, bintang depa semua nie bersinar lebih dari aku, bintang aku tak cukup kilat nak bersinar macam depa nie yang sekarang jadi kuli kat syarikat asing di seberang laut nie.. huhuhuhuu..

Nanti sambung lagi cerita aku nie..


Translate

Sunday, October 10, 2010

Sekali Lagi Melepak Di Kedai Mamak

Sekali lagi  aku pi melepak kat kedai mamak kali ini aku dan setting siapdah wifi laptop aku bagi membolehkan aku berinternet kat The Mamak Stall .

kali ini aku order advance sket tak macam hari tu teh O saja, kali nie aku perkena meehun goreng dan teh O. Lama jugak aku lepak kat situ jumpa kawan kerja sama kompeni dengan aku.

Tujuan aku buka apa pi berinternet kat kedai mamak tu just untuk upload satu video yang aku baru edit pada malam sebelum tu, wifi kat kedai mamak nie wifi dia ok la jugak kira laju la dari broadband aku tu, kalau upload video guna broadband mau ambik 1 jam atau lebih bila upload kat situ cuma 10 minit jer untuk file sebesar 109MB (video selama 2 minit) laju tu, itu video program jana duit dengan internet yang pertama aku upload, video tu orang lain yang buat aku ambil video tu bila aku join pogram dia dan tambah tambah sket link url aku punya kat video tu. Nak tengok klik sini Video Buat duit

Layan jer video tu kalau nak best join jer terus apa salahnya pakej boleh pilih nak yang mahal atau yang murah bak kata perpatah tepok dada tanya duit dalam akaun bank anda , hehehehe kalau akaun bank anda kata banyak bagus join jer terus kalau tak just bagitau kat kawan kawan saja kot kot depa berminat.

Ini adalah program menjana pendapatan melalui internet dan ia terbuka untuk semua orang atau lebih tepat lagi terbuka untuk semua pasaran antarabangsa, semua orang diseluruh dunia boleh join program ini.

ok la jumpa lagi di post yang akan datang.

Translate

Monday, October 4, 2010

Tak dapat Connect wifi kat kedai mamak hari nie (Kantoi )

Hari aku pi kedai mamak berdekatan dengan rumah aku, aku bercadang nak upload segala update tentang blog dan website aku menggunakan wifi percuma kat kedai mamak tu, tapi apa boleh buat kat kedai mamak tu tak laptop aku tak dapat nak detect wifi  plak aku ingat mamak tu lupa nak on suis kot atau dia sengaja tak on kan rupa2nya laptop aku tak setting untuk auto detact wifi bila balik rumah baru aku check...kantoi betul melepas aku nak guna wifi percuma kat kedai mamak tu, tapi alhamdulullah dapat juga aku berinternet kat kedai mamak tu dengan menggunakan broadband yang aku bawa sendiri jadi dapat la buat sedikit kemaskini kat blog tangkap muat aku nie ... dengan berbekalkan teh "O" gelas kecik mau dekat 2 jam gak aku melepak kat situ.
 
Ni dia gambaq teh O gelas kecil nie aku minum kat kedai mamak tadi, yang sebetoinya aku order kat mamak tu teh O gelas besar tapi dia bawa mai kat aku gelas kecik plak (kecik pun kecik laa ) satu gelas sekecik tu pun aku minum sampai dekat dua jam ....  kuikuikuikui, pekerja kat kedai mamak tu yang jaga bahagian masak mee dok ushar jer (ya la mau taknya  minum gelas kecik sampai dekat 2 jam)

(rm 0.90 segelas ) mau bankrap mamak kalau ada 20 org mcm aku hari hari... :)

Sunday, October 3, 2010

My Opis kecik (SOHO)

Salam Sejahtera semua,

Ini merupakan post aku yang pertama sejak blog ini di wujudkan, bermula dengan post yang pertama ini aku mula dengan peralatan yang serba kekurangan ini (lihat gambo kat bawah tu). Itu lah peralatan yang aku ada

buat masa ni bagi memulakan blog-blog sambilan merapu aku ini atau senang cerita blog-blog tangkap muat , meh aku perkenalkan peralatan MySoho aku nie (uiks gempak tu MySoho.. mcm bisness besaq nie)

Meh kita mula dari atas opis kecik aku nie.

1- Yang Kaler kelabu kat atas tu ialah Printer yang yang kedua aku beli dgn harga ehem.. rm 120.00 ( 3 tahun lepas)

2- Laptop aku nie ( nyawa dan badan aku nie) aku beli yang rekon punya masa PC Fair kat tempat aku huhuhhu mahal tu rm 1280.00 (Dell Precision M65) aku beli selepas PC aku yang dulu tu buat hal asyik rosak jer( anak dan bapak main game huhuhuhu ), baru motherboard rosak kena tukar mahal giler motherboard untuk model nie dia rm 680.00 jenuh aku korek tabung untuk tampung kos baiki.

3- Broadband aku yang pertama - Celcom Broadband sebulan rm 68.00 jer ( speed kita ok jugak laa sebab aku tinggal kat atas bukit dan duduk plak rumah flat tinggi plat tu jadi aku punya upload jadi slow sekit laa, kalau aku online kat tempat lain laju jugak speed broadband aku nie, apa2 pun kira ok laa..

4- MousePAD , a'ahaaa yang yang tercanggih punya barang, pi cari kat kedai 1 Malaysia pun tarak dapat punya, sebab aku buat sendiri guna kotak yang aku ambil kat kedai runcit kat umah aku, tengok kat tepi mousepad aku tu kaler hijau , aku tapekan supaya tahan lama lagi pun kat mausepad nie aku ader tulis mcm-mcm benda kat situ (no tepon , url, alamat email kira macam astro la jugak macam macam ada)

5- Meja komputer aku nie aku beli lagi lama dari semua yang aku sebut diatas kira barang yang tertua la dalam opis kecik aku nie rega dia rm 129.00.

Aku rasa cukup la wat sementara nie dulu nanti aku post cerita yang lein plak











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.

Inilah Yang Mesti Anda Tengok..!!!

PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Maklumat lanjut layari:
Sila klik gambar di atas tu.

========== Iklan Lain =============

MEN!!! MEN !!! MEN !!!.